Monday, May 2, 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011



Satu Perkhemahan Unit Beruniform dan Kayuhan Emas Sk Kubang Kerian 1, 2011 akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 16,17 & 18 Mei, 2011

Tempat : Chalet Sri Nipah, Bachok

Wednesday, April 14, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA DALAM QIT


Tahniah diucapkan kepada Adik Atikah Bt. Mohd Nasarudin dengan ceritanya "Ayam Dogol Dengan Cincin Sakti" yang telah berjaya menjadi Johan dalam QIT Kota Jembal. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 14/4/2010 yang bertempat di SK Gong Dermin. Guru Bahasa Melayu Tahun 6, Puan Nik Arina Bt. Abdul Ghani dan PK Ko sendiri telah mengiringi kedua-dua peserta ke pertandingan tersebut. Peserta Tahap 2 pula diwakili oleh Siti Aishah Bt. Mohd Abdul Nasir dengan ceritanya "Anak Durhaka".

Friday, March 26, 2010

SKKK1 JUARA BOLA BALING (L) 2010


Satu perlawanan bola baling dalam QIT Kota Jembal telah diadakan pada 25/3/2010 yang bertempat di SK Kubang Kerian 3. Dalam perlawanan pertama dengan SK Banggu, pihak lawan tidak dapat menembusi gol SKKK1 dan terus memberi kemenangan kepada SKKK1 dengan 7-0.

Perlawanan kedua pula SKKK1 telah bertemu dengan SK Sultan Ismail 4, juga telah memberikan kemenangan kepada SKKK1 dengan 4-0. Dalam separuh akhir, perlawanan bertambah sengit bila bertemu dengan tuan rumah iaitu SK KKerian 3 dengan seri 1-1 dan diikuti dengan masa tambahan dan akhirnya SKKK1 telah menjaringkan gol menjadikan 2-1.

Dalam perlawanan akhir SKKK1 telah bertemu SK Mentera, yang merupakan satu pasukan yang tidak boleh dipandang ringan kerana SK Mentera juga adalah pasukan yang hebat. Selepas berhempas pulas maka SKKK1 telah menjaringkan 4 gol berbalas 1. Tahniah buat kedua-dua pasukan.

Wednesday, March 24, 2010

PERLAWANAN BOLA SEPAK DALAM QIT



Satu perlawanan bola sepak bawah 12 telah diadakan pada 23-24 Mac 2010 yang bertempat di padang SK Sultan Ismail 4. Perlawanan bola sepak dalam QIT Kota Jembal tersebut telah membariskan beberapa buah sekolah yang handal dalam permainan bola sepak, termasuklah SKKK1. Pada 23 Mac 2010, SKKK1 telah bertarung hebat dengan SK Wakaf Stan dan SK Banggu dan dalam kedua-dua perlawanan tersebut SKKK1 telah menang dan berjaya mara ke peringkat seterusnya yang akan berlangsung pada 24 Mac 2010. Diharapkan pasukan SKKK1 akan membawa pulang gelaran juara seperti mana tahun-tahun sebelum ini.

Keputusannya : SKKK1 telah menjadi juara lagi pada tahun 2010 setelah mengalahkan SK Mentera dalam peringkat akhir. Syabas SKKK1

Monday, March 1, 2010

TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SKKK1 yang telah berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Sepak Takraw Peringkat QIT. Kejohanan yang dianjurkan oleh QIT Kota Jembal dan berlangsung di gelanggang SK Mentuan pada 24-25 Feb. 2010 ini menampilkan pertarungan yang sangat hebat dan sengit. Perlawanan akhir antara SK Kubang Kerian 1 dengan SK Gong Dermin akhirnya berpihak kepada pasukan SKKK1.

Warga SKKK1 sangat berbangga dengan pasukan Sepak Takraw ini dan berdoa semoga kejayaan akan terus mengiringi mereka dalam perlawanan di peringkat seterusnya.

Sunday, February 28, 2010

CARTA UNIT KO KURIKULUM SKKK1 2010




Pengerusi : Hj Mohamed b Che Noh (G.Besar)
Timbalan Pengerusi : Hj Mohd Hilmi b Ismail (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha : En Che Hamdan b Hamid
Pen. Setiausaha : En.Abdul Razak b Adahan
Setiausaha Sukan : YM Tuan Mohd Zani b Tuan Soh
Pen.Setiausaha Sukan : En Mohd Zuki b Ghani
Bendahari : Pn Sakinah bt Hassan


Penyelaras Unit Beruniform : En Mohd Razani b Idris
Penyelaras Kelab & Persatuan : En Mohd Zaki b Yaakub
Penyelaras Muzik, Kebudayaan & Sn Sosial : En Nik Ab Aziz b Ismail
Guru Sukan & Permainan : YM Tuan Mohd Zani b Tuan Soh
Guru Rumah Sukan : En Mohamood b Mat Hassan

Wednesday, October 28, 2009

KEJAYAAN SKKK1 (KO KURIKULUM) SEPANJANG 2009

KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN KO KURIKULUM 2009

Sek Keb Kubang Kerian 1 telah melahirkan pelajar yang cemerlangnya dalam bidang Ko Kurikulum sepanjang 2009. Antaranya :

Sukan Dan Permainan
• Bola Sepak
-Kejohanan Bola Sepak QIT Kota Jembal (2,3,&4 Feb, 09) di SK. Sultan Ismail 4 (Johan)
-Kejohanan Bola Sepak MSSK Kota Bharu-Utara (1-3 Mac, 09) di SK. Dato’ Abd. Hamid 2 Pasir Mas.(Penyertaan)
-Tunas Futsal SKKK 1 (6, 7 & 8 Julai, 2009)

• Tenis
-Kejohanan Tenis Terbuka MSS Kelantan (Peringkat Separuh Akhir)

• Sepak Takraw
-Kejohanan Sepak Takraw QIT Kota Jembal (1 & 2 Feb,09) di SK. Mentuan (Johan)

• Badminton
-Kejohanan Badminton MSSK Kota Bharu pada 13 – 17 Feb, di Dewan Wisma Sukan.
(Johan Perseorangan Lelaki)
-Kejohanan Badminton MSSK Negeri Kelantan pada 13-17 Feb, 09 di Dewan Wisma Sukan Jln. Telipot K. Bharu.
Johan Negeri: (Muhammad Arief Afiq b Zol)

• Boling Tenpin
-Pemilihan Atlet Boling Tenpin mewakili MSS Kelantan ke MSSM 17 Mei, 09 di Pacific Bowl KB Mall
-Mewakili Negeri Kelantan dalam Kejohanan Boling Tenpin di Sg Petani, Kedah

Monday, October 26, 2009

JOGATHON SKKK1 2009


Satu larian mini atau jogathon akan diadakan pada 11hb. Nov. 2009.
Semua guru dan murid tahun 3,4,5 dan 6 akan terlibat dalam program larian ini.

Antara lain, tujuan jogathon ini diadakan bagi melahirkan golongan pelajar yang sihat dan cergas sepanjang masa.

Tuesday, September 29, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SaLAm LEbarAn buat semua unit Ko Kurikulum SK Kubang Kerian 1 dan saLAm KemaafaN buat semua Warga SKKK1... SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI dengan penuh keinsafan dan kemaafan

Friday, June 26, 2009

AKTIVITI KO KURIKULUM SKKK1 SEPANJANG JULAI 2009


KEJOHANAN TUNAS FUTSAL 2009
Satu Kejohanan Tunas Futsal akan diadakan pada hari Isnin - Rabu (6, 7 & 8 Julai,2009) bagi mencari bakat-bakat baru. Segala persiapan sedang rancak berjalan. Antara murid yang terlibat ialah semua murid lelaki tahun 1-5.

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2009
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform akan diadakan:
Pada : 30 Julai, 31 Julai dan 1 Ogos 2009 (Khamis - Sabtu)
Tempat : Di Padang SKKK1
Penglibatan : Semua murid tahap 2 (TKRS, Pengakap, PBSM, Puteri Islam & Tunas Puteri)
Antara Aktiviti Yang Akan Dipertandingkan :
1. Kawad Kaki
2. Memasak
3. Khemah Tercantik/ Bersih

Tuesday, June 16, 2009

AKTIVITI KELAB/ PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM

Aktiviti Kelab & Persatuan dan Unit Beruniform akan bermula pada minggu ini. Kepada semua guru dan murid Tahap 2 diminta menggambil perhatian.

Friday, May 29, 2009

Kemeriahan Temasya Sukan Tahunan SKKK1 (2009)









TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2009 (TRANSFORMASI TELAH BERJAYA)
*****Tahniah Buat Semua*****
Yang Berjaya Diucapkan Tahniah Dan Yang Tidak Berjaya Tahun Depan Kita Cuba Lagi.
Terima kasih juga kepada semua AJK Unit Ko Kurikulum 09 dan AJK Sukan 09 yang telah terlibat secara langsung atau tidak.

Thursday, February 5, 2009

**KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL**





Kejohanan ini melibatkan 12 buah sekolah dibahagikan kepada dua kumpulan.SKKK1 berada dalam kumpulan A.Daripada lima perlawanan dalam kumpulan,Skkk1 seri satu perlawanan dan menang empat perlawanan.Pada peringkat separuh akhir,Skkk1 telah mengalahkan SK Sultan Ismail 4.Pada perlawanan akhir,bertemu dengan SKKK3.Dalam masa perlawanan sebenar,keputusan seri 1-1.Dalam penentuan melalui tendangan penalti,SKKK1 menang dengan agriget 3-2.Skkk1 JUARA QIT KOTA JEMBAL...!!!!! TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK SKKK1 dan jurulatih handalan kita serta PKKO...

Wednesday, February 4, 2009

PERANCANGAN AKTIVITI KO KURIKULUM SKKK1 2009




1. Sukan Tahunan Sekolah - 27 & 28 Mei 09 (Di Sek)
2. Futsal Tahap 1 - 1 & 2 April 09 (Di Sek)
3. Bola Sepak Antara Kelas Tahap 2 - 3 hingga 14 Mei 09 (Di Sek)
4. Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform - 21 hingga 23 Mei 09 (Di Sek)
5. Bola Baling Antara Kelas Tahap 2 - 21 hingga 30 Jun 09 (Di Sek)
6. Sepak Takraw Antara Kelas Tahap 2 - 5 hingga 16 Julai 09 (Di Sek)
7. Larian Mini Sekolah - 29 September 09 (Di Sek)
8. Lawatan Kelab & Persatuan - 1 hingga 3 Oktober 09 (KL & Melaka)

Sunday, January 18, 2009

**SELAMAT MENJALANKAN LATIHAN RUMAH**


Kepada semua guru rumah sukan sila jalankan latihan acara-acara sukan untuk memilih wakil ke acara sukan tahunan sekolah kita yang akan diadakan pada 26 dan 27 April, 2009.
**MHI*

Sunday, January 11, 2009

CARTA ORGANISASI KO KURIKULUM SKKK1 2009


Pengerusi : Hj Mohamed b Che Noh (G.Besar)
Timbalan Pengerusi : Hj Mohd Hilmi b Ismail (PK Ko-Kurikulum)
Setiausaha : En Che Hamdan b Hamid
Pen. Setiausaha : Pn Junita Aniss bt Mohamed
Setiausaha Sukan : YM Tuan Mohd Zani b Tuan Soh
Bendahari : Pn Sakinah bt Hassan

Penyelaras Unit Beruniform : En Mohd Razani b Idris
Penyelaras Kelab & Persatuan : En Mohd Zaki b Yaakub
Penyelaras Muzik, Kebudayaan & Sains Sosial : En Nik Ab Aziz b Ismail
Guru Sukan & Permainan : YM Tuan Mohd Zani b Tuan Soh
Guru Rumah Sukan : En Mohamood b Mat Hassan

Tuesday, December 30, 2008

SUKAN TAHUNAN 2008

Sekitar sukan tahunan 2008
Unit kokurikulum sentiasa mengadakan aktiviti termasuklah aktiviti riadah di kalangan guru-guru dan kakitangan skkk1.