Friday, March 26, 2010

SKKK1 JUARA BOLA BALING (L) 2010


Satu perlawanan bola baling dalam QIT Kota Jembal telah diadakan pada 25/3/2010 yang bertempat di SK Kubang Kerian 3. Dalam perlawanan pertama dengan SK Banggu, pihak lawan tidak dapat menembusi gol SKKK1 dan terus memberi kemenangan kepada SKKK1 dengan 7-0.

Perlawanan kedua pula SKKK1 telah bertemu dengan SK Sultan Ismail 4, juga telah memberikan kemenangan kepada SKKK1 dengan 4-0. Dalam separuh akhir, perlawanan bertambah sengit bila bertemu dengan tuan rumah iaitu SK KKerian 3 dengan seri 1-1 dan diikuti dengan masa tambahan dan akhirnya SKKK1 telah menjaringkan gol menjadikan 2-1.

Dalam perlawanan akhir SKKK1 telah bertemu SK Mentera, yang merupakan satu pasukan yang tidak boleh dipandang ringan kerana SK Mentera juga adalah pasukan yang hebat. Selepas berhempas pulas maka SKKK1 telah menjaringkan 4 gol berbalas 1. Tahniah buat kedua-dua pasukan.

Wednesday, March 24, 2010

PERLAWANAN BOLA SEPAK DALAM QIT



Satu perlawanan bola sepak bawah 12 telah diadakan pada 23-24 Mac 2010 yang bertempat di padang SK Sultan Ismail 4. Perlawanan bola sepak dalam QIT Kota Jembal tersebut telah membariskan beberapa buah sekolah yang handal dalam permainan bola sepak, termasuklah SKKK1. Pada 23 Mac 2010, SKKK1 telah bertarung hebat dengan SK Wakaf Stan dan SK Banggu dan dalam kedua-dua perlawanan tersebut SKKK1 telah menang dan berjaya mara ke peringkat seterusnya yang akan berlangsung pada 24 Mac 2010. Diharapkan pasukan SKKK1 akan membawa pulang gelaran juara seperti mana tahun-tahun sebelum ini.

Keputusannya : SKKK1 telah menjadi juara lagi pada tahun 2010 setelah mengalahkan SK Mentera dalam peringkat akhir. Syabas SKKK1

Monday, March 1, 2010

TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SKKK1 yang telah berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Sepak Takraw Peringkat QIT. Kejohanan yang dianjurkan oleh QIT Kota Jembal dan berlangsung di gelanggang SK Mentuan pada 24-25 Feb. 2010 ini menampilkan pertarungan yang sangat hebat dan sengit. Perlawanan akhir antara SK Kubang Kerian 1 dengan SK Gong Dermin akhirnya berpihak kepada pasukan SKKK1.

Warga SKKK1 sangat berbangga dengan pasukan Sepak Takraw ini dan berdoa semoga kejayaan akan terus mengiringi mereka dalam perlawanan di peringkat seterusnya.